ikuti saye!

Friday, April 22, 2011

awal perkenalan kat DHAS (1)

awal perkenalan kami dua org ni ntah x jangka pon la... tetiba kenai then kawan mcm besa ja mula2 tu... mcm na ntah tetiba ja suka sama suka...hahaha tp cik ieda ingat g masa mula kenai tu adei.... lawak ler...!!
Cik abg ni sebenarnya ada la minat kat minah #%^*@#$ ni... tapi kesian syg nya tu clap in one hand only lor... adei... sgt3 kesian(kata upin ipin )....olooo kata jarjit hehehhe eh2 tetiba ingat kat jarjit lak ... sat2 nak iklan la...


dua tiga cawan cantek 
saya punya lg cantek!!! 
wahahahha :-)


ok2 sambung balik...heheh suka sgt la ngan upin ipin adei...ok mula2 cik abg kat minah tu tp sabo je la... hmmm hampehh..peristiwa jadi nye kat koperasi sekolah... masa tu kalau x silap tingkatan 2 kot... ntah lupa da aih... hehehe 
koperasi ni plak terbahagi byk bahagian... kami plak kena sesi pagi sbb sekolah nye pada waktu petang... mcm na la nak mula cita ni adei... hmmmm hooooo cm ni... ok ok kiranya dia tgh frustttt sgt2 la masa tu... ada member cik ida sorang g cik ct(bkn nama sebenar) ... dok bg motivasi apa la x tau kat cik abg ni....
nak jadikan cita time tu gak la cik ieda p lalu kot situ adeiii... saja la tu nak jadikan cita.... cik ieda ni mmg kenai pon cik abg ayie ni... mau nya x kenai time skolah rendah dulu cik ieda tukaq p sekolah rendah sungai dua... so nek la van dengan cik abg ni... hemmm asyik gado jer... mau nya x... deret time balik dia ja nak dok depan ... dia ja nak dok tepi pintu... mmg ahmad albab toi la... hahahahah...
ok ok... kira nya cik ieda mmg dah kenai lama la ngan cik abg ni...cuma mai menengah ni jadi segan lagu mana pon x tau la aih... galak lebih hahahah
la eh dok cita elok2 tgkkkk leh lak p flashback kisah kanak2 rebina apa kes????????


ok ok!! konon nya pasal frust tu cik ieda la yang dok bg nasihat... hahaha pas tu mlam tu plak telipon dok dering2 ... bila jawb hemmm dia ni ka yg dok wat terus frust td ... layan p la... tambah cik ieda pon time tu sorang2.... alah bdak2 g... galak aih... hahaha cnta monkey la katakan lalalala~~
x salah cik ieda la mlm tu cik abg ada mintak biodata cik ieda... hahaha besa la zaman2 tu kira nya biodata hebat dah la... hahaha enset2 mana ada... mak bg p sekolah pon RM2 jer... x pa la dulu makanan kira murah g la... nak banding ngan la... adei.. x tau la nanti anak cik ieda mcm na... ish....
tgk tu leh p kona cita kot len la plak... ok ok... nak jadi kan cita la kan esok tu bg la biodata....huihhhhh ada cara tersendiri tuuuu tau dak mcm na.... masa tu cik ieda tunggu tepi klas apa x tau... nampak dia dari jauh dan2 malu2 meaw hahahah.. dan2 dia mai dekat adei masing2 bagi la biodata tu... bg pon bersilang2 tangan aih... hamboiiii tidoq malm x lena tu..... hahahahah nak tgelak toi...
malam tu apa g dia mula dahhh gayuttt ....siap kena marah leh wat x tau g hahahahha...adeiiii tu la penangan cinta la konon2... hahaha bajet baguih la sgt hahahahah
pas tu kan keja p sekolah sapa2 ja yang jumpa cik ieda keja "ieda kul 8 k, kul 8" x kira la yg besaq yang kecik semua kul 8... heran2!!! pasai apa lak la kul 8... upanya... cik abg nak kol kul 8 heheheh... ok oriteeeeeeeeee telima ojer!!!!
balik ja sekolah pulun la mandi semayang siap ... ha la sementara nak tunggu kul 8... bkn senang tu... kul 8 suda tiba!!!! kringgggggggggggg!!!!! dan dua kali bunyi dan2 lari2 mcm anak bear p jawab!!!!heheheh helooooooo...
ingatkan kat mana la cik abg kol upanya public depan umah hahahah adei.... patut la abeh ja syiling... dia kata sat2... sat g dy tipon len... dlm masa 3 4 minit kol balik.... hahaha x tau la tabung mak dia habeh pa pulun dok kol aku .... hahahha ampun ya makcik!!! ayie yang amik bkn eda suh .... 
benda berlarutan la sampai ....... ntah lupa la... hehehehe

Mai Sini nak Story cara2 ngorat Dia hehehe

    1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
    2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
    3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
    4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
    5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
    6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
    7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
    8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
    9. Jangan terlalu mengongkong.
    10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
    11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
    12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
    13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
    14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
    15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
    16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
    17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
    18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
    19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
    20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
    21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
    22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
    23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
    24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
    25. Mengetahui bila hari lahirnya.
    26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
    27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
    28. Agresif.
    29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
    30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
    31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
    32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
    33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
    34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
    35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
    36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
    37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
    38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
    39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
    40. Jangan bersikap terlalu kuno.
    41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
    42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
    43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
    44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
    45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
    46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
    47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
    48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
    49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
    50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Tau rahsia wanita ??? ngeeee!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.